Wednesday, March 16, 2011

Dalam sebuah bencana
diiringi oleh tsunami
tuhan berkata disana
tak kau syukuri nikmat yang kuberi

beratus teguran yang diberi
berjuta orang yang tak acuh
semua menganggap ini mimpi
kerana takut iman tak teguh

Sunday, February 27, 2011

1. Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

Peraturan berbahasa dalam penulisan merupakan suatu peraturan yang tersusun dan terkawal. Peraturan berbahasa dalam penulisan ada bermacam-macam, bergantung pada kegunaannya. Misalnya, penulisan ilmiah yang biasanya disusun oleh mahasiswa yang bertujuan untuk mengembangkan kemampuan mahasiswa dalam mengembangkan kemahiran tertentu. Misalnya, menulis suatu karangan ilmiah berbeza dengan menyusun suatu karangan non-ilmiah. Peraturan berbahasa dalam penulisan itu harus dipatuhi, kerana dengan penulisan yang teratur, kita dapat dengan mudah memahami makna dari tulisan tersebut.

2. Perlukah semua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Terdapat beberapa genre dalam penulisan. dan setiap penulisan memanglah harus mengikuti genre yang sudah ada. contohnya iaitu dalam menulis sebuah buku pembelajaran, haruslah si penulis mengikuti genre buku jenis pembelajaran iaitu, penulisan formal, format penulisan dan sebagainya. begitu juga dengan penulisan bebas atau non-formal, hendaklah penulis mengguakan bahasa yang baik dan mudah difahami, serta tidak menggunakan bahasa yang tidak sesuai

3. Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?

Saat ini sebahagian dari bahan-bahan penulisan masih mematuhi peraturan dalam berbahasa, seperti thesis dan buku. Sedangkan sebahagian yang lain banyak yang sudah tercampur dengan bahasa-bahasa asing atau pun salah dalam penulisan perkataannya. seperti dalam majalah, surat khabar dan sebagainya